fbpx

“Kalau kurang RM1,300, kehidupan anak saya tak sempurna” – bekas isteri Sam Bunkface

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sam ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah, Petaling di Subang Bestari hari ini. - Foto oleh Firdaus Johari

SHAH ALAM – Bekas isteri Sam kumpulan Bunkface, Aida Azira Hussin berpendapat sekiranya jumlah nafkah kurang daripada RM1,300, anaknya tidak mendapat kehidupan sempurna.

“Kalau dikurangkan, saya terpaksa kurangkan makanan dia (anak)..toys (permainan), aiskrim. Selain itu tempat tinggal juga kena selesa…contohnya penghawa dingin yang saya kira melibatkan bil (perlu dibayar)” katanya.

Aida, 36, berkata demikan ketika disoal balas peguam syarie Liyana Sihar yang mewakili Sam selaku plaintif pada perbicaraan pindaan tuntutan jumlah nafkah anak di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini hari ini.

Terdahulu, Aida turut memaklumkan jumlah nafkah anak sebanyak RM1,300 yang diperoleh daripada Sam sebelum ini, digunakan untuk membayar segala keperluan antaranya insurans, perubatan dan makanan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu royalti, Aida berkata dia tidak pasti sama ada bekas suaminya itu memperoleh bayaran atau tidak.

Selepas selesai soal balas itu, Hakim Syarie Shukran Yusof kemudian menetapkan 26 Jun ini bagi prosiding seterusnya dengan Aida akan disoal semula oleh peguam syarie yang mewakilinya.

Sebelum ini, media melaporkan Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Baharum, 35, menepis tuduhan Aida berhubung dakwaan mengabaikan  tanggungjawab terhadap anak tunggal mereka, Maleeq.

Sam juga turut mengulas punca pindaan nafkah anak mereka dua tahun lalu, daripada RM1,300 kepada jumlah yang mampu dilunaskan yang mana ia berlaku ketika ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini kerana Sam mendakwa punca pendapatannya sangat terhad selain lebih dua tahun perniagaan turut terjejas.

Terdahulu, pada 29 Mac lalu Sam dan Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor bagi sebutan kes pindaan nafkah anak mereka.

Aida tidak bersetuju dengan permohonan dibuat penyanyi terbabit, selain meminta bukti andai tidak mempunyai pendapatan atau tawaran persembahan seperti dikatakan.

Sam mendirikan rumah tangga dengan Aida yang juga penerbit rancangan sebuah stesen televisyen pada 25 April 2015, namun bercerai empat tahun kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI