fbpx

Perhilitan Negeri Sembilan nafi harimau belang masuk perangkap di Penajis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video seekor harimau belang masuk perangkap tular di media sosial

REMBAU – Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menafikan video tular kejadian harimau belang masuk ke dalam perangkap jabatan berkenaan yang didakwa berlaku di Kampung Penajis di sini baru-baru ini.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Nurul Ermi Ramli berkata, lokasi kejadian berkenaan di negeri lain yang sebelum ini terdapat aduan berkenaan harimau belang.

Menurutnya, setakat ini di Negeri Sembilan tiada maklumat mengenai harimau belang di kawasan hutan di negeri ini dan kebiasaannya hanya harimau kumbang yang terdapat di negeri ini.

“Malah, dari Januari hingga April lalu, sebanyak tiga ekor harimau kumbang telah berjaya masuk ke dalam perangkap iaitu di Jempol, Tampin dan Kuala Pilah. Buat masa ini, tiada harimau belang yang ditangkap di negeri ini dan kehadiran haiwan itu di negeri ini juga buat masa ini tiada,” katanya hari ini.

Sejak tengah hari tadi, tular di media sosial berkenaan seekor harimau belang yang berkeliaran di Rembau, dua minggu lalu berjaya ditangkap di Kampung Penajis, baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI