fbpx

Permohonan pelajar ke politeknik, kolej komuniti menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar politeknik yang menyertau Program Town Hall Cinta dan Air Mata Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Dewan Cahaya Bulan, PCB Resort, Kota Bharu hari ini.- FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Permohonan kemasukan pelajar ke politeknik dan kolej komuniti di seluruh negara mencatatkan penurunan sebanyak 12.8 peratus tahun ini.

Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Azirin Abdul Aziz @ Nong berkata, sebanyak 80,000 permohonan dicatatkan di kedua-dua institusi itu tahun ini berbanding 100,000 orang pada tahun-tahun sebelum.

Menurut beliau, keadaan itu berkemungkinan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lebih memilih untuk bekerja berbanding menyambung pengajian selepas negara berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

“Bagaimanapun, tiada kajian khusus dibuat oleh kami mengenai punca pengurangan jumlah pelajar lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian di institusi berkenaan.

“Kami menawarkan banyak program di politeknik dan kolej komuniti dan tidak semua program yang mengalami penurunan daripada segi bilangan pendaftaran pelajar,” katanya kepada pemberita selepas Program Town Hall Cinta dan Air Mata Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 dirasmikan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun di Dewan Cahaya Bulan, PCB Resort di sini hari ini.

Azirin memberitahu, bidang-bidang yang melibatkan penurunan antaranya kejuruteraan dan ia penanda aras yang tidak baik kepada negara kerana hasrat kerajaan untuk menjadi sebuah negara maju perlu bermula daripada pendidikan di peringkat sekurang-kurangnya diploma. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI