fbpx

Jammu dan Kashmir tawar 300 destinasi penggambaran baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang budak lelaki menolak basikal di sebuah ladang biji sesawi di Srinagar, Jammu dan Kashmir. - AFP

NEW DELHI – Jabatan pelancongan Jammu dan Kashmir membuka lebih 300 destinasi baharu untuk aktiviti penggambaran dalam usaha memulihkan industri pelancongan filem di lembah itu, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Lembah Jammu dan Kashmir pernah menjadi destinasi tumpuan penggambaran filem-filem Hindi terkenal selama beberapa dekad sebelum pemberontakan.  

Setahun lalu, lebih 200 penggambaran filem, siri televisyen dan drama telah diadakan di lembah tersebut. Bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan, turut menjalani penggambaran untuk filemnya di lembah itu baru-baru ini.

Kerajaan Jammu dan Kashmir sebelum ini memperkenalkan dasar perfileman dengan menawarkan subsidi kepada syarikat yang menjalankan penggambaran di lembah itu.

Setiausaha pentadbiran jabatan pelancongan, Syed Abid Rashid berkata: “Jammu dan Kashmir pernah terkenal dengan aktiviti penggambaran filem pada 1960-an, 70-an, dan 80-an. Jika babak filem tidak dirakam di lembah ini, ia dianggap tidak lengkap.

“Kami ingin sekali lagi membawa Jammu dan Kashmir ke arus perdana sektor penggambaran filem. 

“Kami menambah 300 destinasi baharu pada tahun ini termasuk destinasi luar biasa, pelancongan keagamaan dan trek penggambaran. Ia akan terdiri daripada kira-kira 75 trek penggambaran, 75 destinasi pelancongan keagamaan dan 75 pelancongan kebudayaan,” katanya.

Kerajaan Jammu dan Kashmir akan menganjurkan mesyuarat Kumpulan 20 (G20) antara 22 hingga 24 Mei depan dengan fokus utama mesyuarat itu akan merangkumi sektor pelancongan.

Ia percaya bahawa mesyuarat G20 akan membawa lebih banyak peluang untuk pembikinan filem domestik dan antarabangsa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI