MENYAMBUT ulang tahun pertama perkahwinannya baru-baru ini, selebriti Son Dam-bi mengakui telah banyak kebahagiaan yang dinikmatinya bersama suami.
“Sudah setahun kami berkahwin. Banyak perkara telah berlaku, tetapi sejak awak berada di sisi, saya berasa begitu tenang dan selesa.
“Dari dulu saya selalu fikir kebahagiaan berada sangat jauh, tetapi sekarang saya bersama awak, saya rasa kebahagiaan itu dekat saya.
“Terima kasih banyak kerana hidup dengan saya yang mempunyai perangai kebudak-budakan,” tulisnya menerusi kapsyen dalam satu perkongsian Instagram.
Dalam entri tersebut, Dam-bi turut memuat naik gambar bersama suaminya, Lee Kyou-hyuk.
Dalam foto tersebut, pasangan itu kelihatan sedang menikmati momen makan malam berserta kek ulang tahun.