fbpx

Yulhee penat mental jaga anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YULHEE

PENYANYI Yulhee yang juga bekas anggota kumpulan Laboum merisaukan peminat selepas mendedahkan situasi kehidupannya sekarang.

Dia yang mempunyai tiga orang anak termasuk sepasang kembar mengakui sangat penat menjalani kehidupan seorang ibu muda pada usia 24 tahun.

Menerusi sebuah video yang dikongsi dalam laman YouTubenya, Yulhee melakukan aktiviti mewarna sebagai usaha mengalih perhatian tekanan yang dialaminya.

Dia mendedahkan mengalami masalah sukar tidur selepas menidurkan ketiga-tiga anaknya sekali gus meraih simpati peminat dengan kesukaran yang dialaminya.

Bagaimanapun, dia mendapati dirinya berasa sangat gembira selepas berpeluang bertemu dan melepak dengan rakan-rakan baiknya selepas sekian lama.

“Kami makan ketam dan aiskrim sambil berborak. Tidak sedar rupanya jam sudah pukul 2 pagi. Kami semua berjumpa agak lewat selepas waktu kerja mereka.

“Tetapi badan saya sangat lesu beberapa hari selepas itu. Stamina saya hilang selepas melahirkan anak. Situasi semakin buruk dan saya tidak tahu keadaan ini akan jadi seburuk mana,” katanya meluahkan perasaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI