fbpx

Impak cuaca panas jejaskan tanaman sedang diteliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azulita (tengah) memotong reben gimik perasmian sebuah stesen minyak PPK Chetok, Pasir Mas hari ini. -Foto oleh ROHANA ISMAIL/KOSMO!

PASIR MAS – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sedang meneliti impak cuaca panas melampau apabila melihat keadaan itu mampu memberi kesan kepada sektor pertanian negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azulita Salim berkata, pemantauan tanaman ketika cuaca panas dibuat dari semasa ke semasa dan situasi ketika ini masih terkawal.

“Penanam sayur di peringkat LPP dilihat tidak menerima impak nyata terhadap cuaca panas kerana ramai petani menggunakan kaedah tanaman fertigasi dan hidroponik.

“Cuaca panas dapat dibendung dengan teknologi ini (fertigasi dan hidroponik) apabila kekurangan air dapat ditampung melalui sumber air telaga tiub,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Stesen Minyak Petron Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Chetok di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azulita memberitahu, bagaimanapun, penanaman padi semasa cuaca panas mungkin sedikit terjejas ketika ini apabila keadaan sawah kering.

“Kita juga sedang memantau situasi ini apabila cuaca panas yang melanda negara ini baru sahaja berlaku.

“Sekiranya cuaca panas berterusan, kemungkinan jadual tanaman padi ditunda kerana masalah air,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI