fbpx

Tujuh ahli sindiket judi online diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin (tengah) pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Polis berjaya menumpaskan sindiket perjudian dalam talian selepas menyerbu tiga lokasi berasingan di Bayan Baru, Butterworth dan Perai, dekat sini pada Jumaat hingga Ahad lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, dalam operasi itu, polis turut menahan tujuh individu warga tempatan termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun selepas dipercayai terlibat dalam sindiket berkenaan.

“Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam, Jumaat lalu, lima anggota sindiket ini iaitu empat lelaki dan seorang wanita ditahan di sebuah kondominium di Bayan Baru yang dijadikan ‘calling centre’ sindiket terbabit.

“Di premis ini, polis merampas peralatan-peralatan antaranya komputer yang disyaki digunakan untuk operasi sindiket ini.

“Susulan tangkapan suspek terbabit, polis menyerbu sebuah lagi premis berhampiran kondominium berkenaan pada Sabtu namun premis itu tidak berpenghuni,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurutnya, susulan serbuan yang dilakukan, polis sekali lagi berjaya membuat tangkapan dua lelaki tempatan di Butterworth dan Perai pada Sabtu dan Ahad lalu.

“Menerusi siasatan, kita mendapati sindiket judi dalam talian ini telah beroperasi kira-kira sebulan lalu dan mampu menjana pendapatan RM100,000 sehari dan boleh mencecah RM3 juta sebulan.

“Suspek yang ditahan bertindak sebagai operator calling centre sindiket ini dan sindiket ini menggunakan aplikasi seperti Telegram, WeChat dan WhatsApp untuk mempromosi pelbagai permainan perjudian secara dalam talian menggunakan telefon.

“Kita dapati akaun bank sindiket ini didaftarkan menggunakan nama suspek yang ditahan di Butterworth dan polis percaya terdapat tiga individu yang dipercayai menjadi ketua sindiket ini masih bebas dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan mereka,” katanya.

Tambahnya, transaksi antara pelanggan dan sindiket dipercayai menggunakan beberapa akaun bank di dalam dan luar negara malah operasi ini turut melibatkan pelanggan di negara jiran.

“Kesemua tangkapan ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Selain itu, polis turut merampas peralatan yang dipercayai digunakan sindiket terbabit antaranya 34 buah telefon bimbit, lima keping kad rumah, wang tunai sebanyak RM15,200, lima buah kereta pelbagai jenama dan empat buah motosikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI