fbpx

EPL: Liverpool terus idam kelompok 4 terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JONES berjaya meledak dua gol ketika membantu Liverpool meraih kemenangan ke atas Leicester awal pagi semalam. – AFP

LEICESTER – Liverpool terus menghidupkan peluang dan memberi tekanan hebat buat Newcastle United dan Manchester United dalam perebutan slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Awal pagi semalam menyaksikan Liverpool mencatat kemenangan ketujuh berturut-turut selepas membenam cabaran Leicester City 3-0 di Stadium King Power untuk mengesahkan slot ke Liga Europa setakat ini.

Dua gol menerusi Curtis Jones pada babak pertama perlawanan serta satu jaringan disumbangkan oleh Trent Alexander-Arnold membantu The Reds mencatat kemenangan berkenaan.

Newcastle dan United yang berada di kedudukan ketiga dan keempat masih mem­punyai kurang satu perlawanan berbanding Liverpool, namun skuad kendalian Jurgen Klopp itu hampir pasti mampu meraih mata maksimum pada baki dua perlawanan terakhir menentang Aston Villa dan Southampton.

“Saya berada di kedudukan mereka (Newcastle dan United) sebelum ini. Anda berharap pasukan yang sedang mengejar akan kalah dan merasai tekanan yang hebat. Kami juga pernah melakukannya, memenangi baki perlawanan untuk mengecewakan pasukan yang di belakang.

“Saya fikir Newcastle dan United juga akan melakukan perkara yang sama, tetapi prestasi yang kami pamerkan telah membuatkan mereka resah dan itu adalah tugas kami. Berdepan Aston Villa selepas ini bukan tugas yang mudah.

“Namun, kami sudah sah layak ke Liga Europa yang mana kira-kira enam atau tujuh minggu lalu, saya tidak percaya kami mampu melakukannya,” kata Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI