fbpx

Lelaki Nepal hilang 3 jari tersepit mesin pengisar daging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba bertindak mengeluarkan jari mangsa setelah dibius di HUKM tengah hari tadi. -Foto BOMBA

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Nepal ditimpa nasib malang apabila tiga jari hilang akibat tersepit pada mesin pengisar daging di sebuah restoran makanan laut, Taman Cheras Utama, di sini, tengah hari tadi.

Menurut Komander Operasi Kanan, Mohd Khairul Azmi Jaafar berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 12.26 tengah hari tadi.

Katanya, seramai lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras telah dikerahkan ke lokasi.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati jari tangan kanan lelaki Nepal itu tersepit pada mesin pengisar daging.

“Mangsa berusia lingkungan 20an dibawa bersama dengan mesin ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dengan menaiki ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, setelah diberi suntikan bius anggota operasi berjaya mengeluarkan jari mangsa yang tersepit.

“Tiga jari mangsa hancur, yang terselamat hanya ibu jari dan jari kelingking sahaja.

“Operasi tamat sepenuhnya sekitar pukul 2.02 petang,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI