fbpx

Terkejut harga rambutan di Mekah RM87.61 untuk 750gram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik oleh BangChik di akaun Facebooknya

PETALING JAYA – Tular di media sosial apabila seorang rakyat Malaysia di Mekah memuat naik gambar harga rambutan yang mahal berbanding harga tempatan.

Menurut perkongsian BangChik di akaun Facebooknya, rambutan dengan berat 750 gram itu berharga 72.95 Saudi Riyal bersamaan RM87.61.

Berbanding di Malaysia, kebiasaannya orang ramai boleh mendapatkan dengan harga serendah RM10 bagi setiap kilogram dan mudah didapati di kawasan-kawasan kampung.

“Saja nak beritahu, kalau ada di Malaysia itu makanlah puas-puas,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Sehingga kini perkongsiannya mendapat 1,800 tanda suka, 246 komen dan 76 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terkejut dan turut terhibur dengan hantaran tersebut kerana buah tempatan itu mudah didapati dengan harga yang murah.

“Lepas ini kalau musim rambutan nak pergi sanalah jual buah ini,” komen Jeman.

“Dekat sini kadang-kadang bersepah sahaja atas jalan. Tak ada orang nak makan, tak pun jemu sebab kalau musim dia memang banyak sungguh,” komen Aina Farzana.

“Saya pernah kena pada tahun 2018. Isteri mengidam, enam butir dan warna hitam harga dah 19 Saudi Riyal (RM22.82),” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI