fbpx

Kalimah Allah hanya terpakai di Sarawak – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Perpaduan Madani anjuran Pertubuhan Prihatin Anak Melaka bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Bunga, Tanjung Minyak, Melaka, hari ini. -Foto oleh AMRAN MULUP/KOSMO!

MELAKA – Kebenaran penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama Kristian hanya terpakai di Sarawak dan bukan negeri-negeri lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu sudah dijelaskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa keputusan Mahkamah Tinggi berhubung perkara itu khusus dalam kes di Sarawak sahaja.

“Ini khusus dalam kes Sarawak, kita kena faham Sarawak dulu tidak terikat dengan keputusan negeri-negeri. Ia tidak boleh terpakai di Melaka, Pulau Pinang atau Selangor. Ini hanya khusus dalam kes di Sarawak yang sudah kita kalah awal.

“Kerana di Sarawak memang diputuskan oleh negeri itu sebegitu rupa, kita kena faham dengan penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Perpaduan Madani anjuran Pertubuhan Prihatin Anak Melaka bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Bunga, Tanjung Minyak di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI