fbpx

Jumlah guru di Johor mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORLIZAH (dua dari kiri) mengiringi Onn Hafiz menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Jumlah guru di negeri ini baik di peringkat sekolah rendah mahupun menengah tidak berada dalam keadaan membimbangkan sehingga mampu menjejaskan sesi pembelajaran di sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri, Norlizah Noh berkata, berdasarkan rekod Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), dianggarkan seramai 48,137 guru mengajar di 1,192 buah sekolah.

Beliau berkata, ialah membabitkan seramai 26,910 guru di 908 buah sekolah rendah dan 21,227 guru di 284 buah sekolah menengah di negeri ini.

“Berdasarkan jumlah guru yang berada di negeri ini, Alhamdulillah ia tidak begitu membimbangkan.

“Melihatkan keperluan semua ketika ini, bilangan guru di negeri ini tidak menjadi masalah besar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru di Sekolah Tun Fatimah, di sini hari ini.

Majlis sambutan tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sebelum ini, KPM dilaporkan kekurangan guru kira-kira 4.49 peratus atau 19,431 orang setakat Januari lalu berikutan persaraan wajib, persaraan pilihan, kenaikan pangkat, cuti belajar, cuti tanpa gaji, meletak jawatan, dan meninggal dunia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI