fbpx

Covid-19 tak jejas prestasi Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO berjaya meledak dua gol bersama Juventus selepas disahkan bebas sepenuhnya daripada wabak Covid-19 pada Jumaat lalu. – JUVENTUS

LA SPEZIA, Itali – Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo membuktikan dia masih mampu mempamerkan prestasi yang luar biasa meskipun bergelut memastikan dirinya kekal cergas selepas positif wabak pandemik Covid-19 baru-baru ini.

Ekoran itu, Ronaldo, 35, terlepas beberapa perlawanan penting bersama Juventus kera­na terpaksa menjalani kuarantin di kediamannya sehingga dia disahkan negatif Covid-19 dan dibenarkan beraksi semula pada Jumaat lalu.

Penyerang prolifik Portugal itu seakan-akan melepaskan geram apabila dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua pada aksi Serie A menentang Spezia kelmarin.

Ini kerana, Ronaldo meledak dua gol untuk membantu Juventus mencatat kemenangan 4-1 ke atas Spezia pada aksi di Stadium Dino Manuzzi itu.

“Badan saya cergas kerana saya banyak melakukan aktiviti di rumah selepas saya tidak me­ngalami sebarang simpton ketika dijangkiti Covid-19. Akhirnya hari ini saya dapat kembali melakukan perkara paling disukai iaitu bermain bola sepak.

“Saingan Serie A musim ini sangat kompetitif dengan AC Milan berada pada prestasi terbaik sama seperti Lazio dan Napoli. Kami perlu terus bekerja keras untuk memastikan Juventus tidak ketinggalan di belakang pasukan-pasukan ini.

“Apa yang paling penting sekarang ialah Cristiano sudah kembali,” kata Ronaldo.

Dua lagi gol Juventus dalam aksi itu dijaringkan oleh Alvaro Morata dan Adrien Rabiot sekali gus membolehkan skuad bim­bingan Andrea Pirlo melonjak ke tangga ketiga Serie A.

Kepulangan Ronaldo secara tidak langsung menyuntik semangat Juventus yang akan me­ngalihkan fokus menentang kelab Hungary, Ferencvaros untuk aksi ketiga kempen Liga Juara-Juara di Arena Groupama awal pagi Khamis ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI