fbpx

Ramai ‘beratur’ beli tiket Coldplay, laman web ‘crash’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJUALAN tiket konsert Coldplay hari ini mencetuskan huru-hara dalam kalangan peminat.

PETALING JAYA – Konsert Coldplay yang bakal berlangsung pada November depan ternyata mencetuskan ‘huru-hara’ dalam kalangan peminat apabila ramai yang mula menunggu giliran untuk mendapatkan tiket bagi acara tersebut sejak awal pagi tadi.

Perkara itu terbukti apabila ramai yang memuat naik foto ‘beratur’ di hadapan komputer masing-masing bagi merebut peluang membeli tiket konsert tersebut.

Lucunya, ada yang tiba awal di pejabat masing-masing seawal 7 pagi semata-mata ingin mendapatkan akses internet lebih laju untuk membeli tiket.

Namun, bagi segelintir pembeli terpaksa melalui masalah laman web ‘crash’ apabila ingin membuat pembayaran.

“Emosi betul, sudah tunggu giliran sejak pagi tapi laman web bermasalah bila nak bayar,” komen seorang pembeli.

“Sudah lebih setengah jam tersekat untuk buat pembayaran, kecewa,” kata seorang lagi peminat Coldplay.

Bagaimanapun, hasil tinjauan Kosmo! Online mendapati terdapat ramai yang berjaya membuat pembelian hari ini.

Hari ini, penjualan tiket dibuka untuk pemegang kad CIMB sahaja.

Tinjauan Kosmo! Online juga mendapati penjualan tiket untuk kategori tersebut juga telah licin disambar peminat.

Kumpulan yang terkenal menerusi lagu Hymn For The Weekend itu bakal mengadakan konset buat pertama kali di Malaysia pada 22 November depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI