fbpx

Taska disyaki ‘seksa’ bayi tak daftar JKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular bayi 'diseksa' pengasuh taska.

KUALA LUMPUR – Taska yang disyaki terlibat dalam kes penderaan dua bayi di Taman Mutiara Rini, Skudai di Johor disahkan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pengoperasiannya.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sehubungan itu, pihaknya melalui JKM bertindak menutup taska tersebut hari ini.

“Taska tersebut tidak berdaftar dan tindakan akan diambil ke atas premis tersebut. Kita sudah dapat laporan polis dan individu tersebut (suspek) sudah pun direman polis.

“Jadi siasatan juga dibuat daripada pihak kebajikan dan akan menjalankan tugas kita,” katanya ketika ditemui pada majlis Penyampaian Anugerah ‘The Artisans Haven’ di Pavilion di sini, hari ini.

Katanya, pihak kementerian turut menerima laporan daripada orang awam di talian eKASIH yang beroperasi 24 jam selepas terlihat video tular di media sosial.

Terdahulu Kosmo! hari ini melaporkan, tular sebuah video seorang pengasuh yang didakwa ‘menyeksa’ seorang kanak-kanak untuk mendiamkannya di sebuah taska, di Taman Mutiara Rini sejak malam tadi.

Di dalam beberapa video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Sinar Hairan, kelihatan kanak-kanak itu terbaring dalam keadaan tidak berhenti menangis.

Pengasuh itu kemudiannya menepuk kepala beberapa kali diikuti menjerit dan beberapa perlakuan kasar yang lain terhadap kanak-kanak itu untuk mendiamkannya.

Susulan itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata, terkesan dengan penularan klip video berkenaan, polis berjaya menahan wanita warga tempatan di kawasan Bandar Selesa Jaya, Skudai pada pukul 2 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI