fbpx

Ibu pesan jaga diri, belajar rajin-rajin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Danish Basyir (empat dari kanan) menenangkan adiknya, Siti Nur Khadijah (lima dari kanan) yang tidak dapat menahan sebak ketika menunggu jenazah ibu dan empat adik beradik mereka di Unit Forensik Hospital Kampar hari ini.

KAMPAR – “Ibu pesan, jaga diri baik-baik,” kata Ahmad Danish Basyir Nasaruddin, 16.

Ahmad Danish adalah anak kepada Azriyani Abdul Latif, 45, yang maut bersama empat anaknya dalam nahas membabitkan kereta dan lori muatan pasir di Kilometer 310.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini awal pagi tadi.

Menurut anak keempat daripada lapan beradik itu, pesanan tersebut diungkapkan ketika wanita itu menghantarnya pulang ke asrama di Sekolah Izzuddin Shah di Ipoh pada 1 Mei lalu.

Katanya, tiada perubahan sikap ditunjuk ibunya selain meminta agar dia belajar rajin-rajin dan menjaga diri.

“Kali terakhir saya jumpa ibu ketika dia hantar saya pulang ke sekolah. Sikap ibu biasa sahaja tiada perubahan pun cuma dia pesan supaya saya belajar rajin-rajin, jaga diri dan tidak membuat masalah di sekolah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Kampar di sini hari ini.

Dalam nahas sekitar pukul 2 pagi itu, abang sulung Ahmad Danish iaitu Muhammad Azib, 23, yang memandu kereta Proton Saga terkorban di lokasi kejadian bersama dua lagi adiknya, Siti Nur Aminah, 8 dan Ahmad Uwais Qorni, 5.

Seorang lagi anak Azriyani, Muhmmad Fawwaz berusia tujuh tahun pula meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi ketika mendapat rawatan di Hospital Tapah.

Menurut Ahmad Danish, dia mengetahui kejadian meragut nyawa ahli keluarganya itu sekitar pukul 7.30 pagi setelah dimaklumkan kakak saudaranya yang juga bersekolah di sekolah yang sama.

Katanya, ketika kejadian, ibu dan adik-beradiknya dalam perjalanan dari rumah di Kuala Kangsar ke kampung mereka di Tapah Road.

“Semasa kakak saudara beritahu, saya ingat dia main-main tapi apabila cikgu sendiri cakap, saya betul-betul terperanjat.

“Ibu sepatutnya bawa datuk untuk rawatan susulan di Hospital Tapah hari ini. Tidak sangka pula kejadian ini yang menimpa mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI