fbpx

Nahas lebuh raya: Seorang lagi mangsa maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang dinaiki mangsa di Kilometer 310.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Kampar hari ini.

KAMPAR – Kanak-kanak lelaki yang parah dalam nahas mengorbankan empat ahli keluarganya dalam kejadian di Kilometer 310.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini awal pagi tadi, meninggal dunia sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, mangsa, Muhmmad Fawwaz Nasaruddin berusia tujuh tahun meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Tapah.

“Mangsa sebelum ini dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan kecemasan selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan keadaannya dilaporkan kritikal.

“Proses bedah siasat akan dijalankan di hospital sama sebelum jenazah dituntut ahli keluarga,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohamad Nazri, dalam nahas sekitar pukul 2 pagi itu, kereta dipandu abang mangsa, Muhammad Azib, 23, dipercayai hilang kawalan dan melanggar belakang lori membawa muatan pasir.

Katanya, pelanggaran itu mengorbankan dua adik Muhammad Azib iaitu Siti Nur Aminah, 8, dan Ahmad Uwais Qorni, 5, serta ibu mereka, Azriyani Abdul Latif, 45.

“Dalam kejadian itu, pemandu lori berusia 25 tahun tidak cedera. Empat mangsa yang maut dihantar ke Hospital Kampar untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI