fbpx

Guardiola sanggup ambil risiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA (tengah) akan menurukan skuad terbaik menentang Olympiakos biarpun bakal berdepan Liverpool untuk aksi seterusnya hujung minggu ini. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola enggan menyenaraikan skuad simpanan, sebaliknya mahu menurunkan barisan terbaik untuk aksi Liga Juara-Juara menentang Olympiakos di Stadium Etihad awal pagi esok.

Guardiola, 49, tidak mahu memandang rendah kemampuan juara Greece itu meskipun sedar pasukan kendaliannya bakal berdepan perlawanan lebih sukar apabila dijadualkan menentang Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu ini.

Dalam masa sama, pengendali dari Sepanyol itu mahu memu­lihkan situasi permulaan terburuk dalam kariernya selepas beliau sekadar mampu melakar tiga kemenangan, dua seri dan satu kekalahan sepanjang enam perlawanan EPL musim ini.

“Saya tidak akan membuat perubahan besar terhadap ke­sebelasan utama bertemu Olympiakos kerana kami memerlukan satu kemenangan untuk layak ke pusingan seterusnya.

“Kami perlu menang apabila beraksi di laman sendiri. Malah, Olympiakos pernah menewaskan Marseille, jadi kami perlu bersiap sedia untuk melayan kunjungan mereka nanti,” tegas Guardiola.

Bekas pengendali Barcelona itu juga mengakui, beliau tetap berpuas hati dengan prestasi para pemainnya meskipun hanya menjaringkan sembilan gol dalam enam aksi liga setakat ini.

“Saya yakin kami akan kembali menjaringkan lebih banyak gol selepas ini. Apa yang penting sekarang adalah kami masih berjaya mencipta banyak peluang jaringan dalam setiap perlawanan disertai,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI