fbpx

Puad nafi ramai ahli UMNO akan keluar parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puad.

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi menafikan ramai ahli UMNO akan keluar parti kerana pemimpin DAP memasuki Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Kata beliau, sekiranya ahli UMNO berasa kesucian Dewan Merdeka tercemar sudah pasti separuh dewan berkenaan kosong kerana peserta UMNO keluar dewan semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung.

“Sakit betul hati Annuar (Tan Sri Annuar Musa) bila ramai pemimpin DAP masuk ke Dewan Merdeka.

“Kita tidak dengar berduyun duyun ahli UMNO keluar parti bila UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan. Inikan pula hanya semata mata kerana pemimpin DAP masuk Dewan Merdeka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Justeru, kata Mohd. Puad, naratif Annuar ramai ahli UMNO akan keluar parti disebabkan perkara itu adalah mundur jauh ke belakang.

Beliau malah menegaskan, UMNO komited mempertahankan Kerajaan Perpaduan dan UMNO menolak mudarat lebih besar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI