PHNOM PENH – Atlet taekwondo negara, Muhammad Syafiq Zuber mempamerkan prestasi ampuh pada final kyorugi welterweight (80kg) lelaki pada Sukan SEA Kemboja 2023 sebelum muncul juara di Pusat Konvensyen Chroy Changvar sebentar tadi.
Pada saingan itu, wakil Indonesia, Naufal Khairudin berjaya meraih mata 10-7 pada pusingan pertama.
Namun, Syafiq menunjukkan statusnya selaku juara bertahan apabila bangkit untuk mengutip mata 10-0 pada pusingan kedua.
Enggan menoleh ke belakang, Syafiq terus mengorak langkah cemerlang apabila meraih mata 4-2 sekali gus menewaskan Naufal dengan keputusan 2-1.
Kejayaan Syafiq menyaksikan skuad taekwondo negara menyumbangkan kilauan pingat ke-30 pada temasya kali ini. – KOSMO! ONLINE