fbpx

Bapa tiri dipenjara 263 tahun, 20 sebatan kes amang seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH mengaku bersalah terhadap kesemua 32 pertuduhan merogol, melakukan amang seksual fizikal dan seks menggunakan objek terhadap anak tirinya, sejak tiga tahun lalu. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Bapa tiri remaja yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Jasin dekat sini pada bulan lalu dijatuhi hukuman penjara 263 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah merogol, melakukan amang seksual fizikal dan seks menggunakan objek terhadap gadis terbabit, sejak tiga tahun lalu.

Hukuman itu diputuskan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Hakim Mohd. Sabri Ismail selepas tertuduh yang berusia 37 tahun mengekalkan pengakuan bersalah terhadap 32 pertuduhan yang dibacakan dalam dua prosiding berasingan.

Mengikut 11 kertas pertuduhan, tertuduh didapati telah merogol anak tirinya berusia 16 tahun dan disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan Sabit kesalahan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun.

Tertuduh juga didakwa atas satu pertuduhan dibawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara 20 tahun serta sebatan kerana merogol mangsa sama setelah usianya mencecah 16 tahun.

Bagi lapan kertas pertuduhan yang lain, tertuduh didapati bersalah melakukan seks menggunakan objek tanpa kerelaan mangsa dan didakwa di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan.

Tertuduh yang merupakan seorang guru renang turut didapati bersalah atas 12 pertuduhan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja berkenaan dan disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukan hukuman penjara 20 tahun serta sebatan.

Kesemua perbuatan terkutuk itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah bernombor di Taman Maju dalam daerah Jasin antara Januari 2020 hingga 14 Mac 2023.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan perbuatan sepasang suami isteri membuat laporan polis mendakwa anak remaja mereka hilang dari rumah di Ja­sin dekat sini bulan lalu, mem­bongkarkan perbuatan terkutuk mangsa diperkosa sejak tiga ta­hun lalu.

Ekoran kejadian itu, polis me­nahan pasangan tersebut yang merupakan ibu kandung dan bapa tiri mangsa.

Kedua-dua suspek ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Sepang, Selangor pada pukul 9.30 malam pada 8 April lalu sejurus tiba dari Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI