fbpx

Liverpool perlu turunkan Shaqiri, Jota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GANDINGAN Shaqiri (kanan) dan Jota (kiri) berjaya menghadiahkan Liverpool kemenangan 2-1 ke atas West Ham dalam aksi EPL kelmarin.

LIVERPOOL – Pemain sayap Liverpool, Xherdan Shaqiri berharap pengurusnya, Jurgen Klopp menyenaraikan namanya dalam kesebelasan utama menjelang pertemuan dengan gergasi Itali, Atalanta pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Gewiss awal pagi esok.

Bintang Switzerland itu berasakan dia layak meraih tempatnya selepas menampilkan ­prestasi cemerlang membantu The Reds mencatat kemenangan 2-1 ke atas West Ham United pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

Justeru, Shaqiri, 29, menegaskan, dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab tersebut menentang Atalanta awal pagi esok selepas diturunkan beraksi selama 90 minit ketika bertemu juara Denmark, Midtjylland minggu lalu.

“Sudah tentu setiap pemain bola sepak gembira apabila diberi kepercayaan dalam setiap perlawanan. Kecederaan saya sebelum ini sedikit sebanyak mengehadkan minit permainan bersama pasukan.

“Walaupun beraksi selaku pemain gantian tetapi saya tetap bersedia membantu pasukan sama seperti menang ke atas West Ham baru-baru ini.

“Saya harap agar terus mendapat kepercayaan untuk bermain menentang Atalanta nanti,” kata Shaqiri.

Pada masa sama, bekas pemain Stoke City itu berharap rakan sepasukannya, Diogo Jota turut diberikan peluang berada dalam kesebelasan utama awal pagi esok selepas meledak gol kemenangan ke atas West Ham.

“Kehadiran Diogo (Jota) mampu mengubah keputusan sesuatu perlawanan. Saya percaya dia juga berharap untuk bermain menentang Atalanta,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI