fbpx

Kerusi batu di Pantai Geting rosak angkara perbuatan vandalisme

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerusi batu yang disediakan untuk pengunjung di Pantai Geting, Tumpat rosak akibat perbuatan vandalisme. - Foto ihsan MDT

TUMPAT – Majlis Daerah Tumpat (MDT) kesal dengan perbuatan membinasakan harta benda awam atau vandalisme oleh individu yang tidak bertanggungjawab merosakkan kerusi batu rehat di Pantai Geting di sini pada minggu lalu.

Setiausaha MDT, Mohd. Azwan Ab. Rahman berkata, kerosakan kerusi-kerusi itu dikesan oleh penguat kuasa MDT semasa menjalankan pemantauan di kawasan pantai tersebut pada Jumaat lalu.

Menurutnya, perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan tempat pengunjung berehat ketika beriadah di Pantai Geting.

“Kita kesal dengan perbuatan itu kerana orang ramai sepatutnya menjaga kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.

“MDT kini masih menjalankan siasatan berhubung perkara itu selain mengadakan operasi penyamaran di kawasan pantai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Azwan memberitahu, individu yang melakukan vandalisme di kawasan pentadbiran MDT boleh dikenakan tindakan mengikut Undang-Undang Kecil Vandalisme (MDT) 1999.

Katanya, individu yang disabitkan kesalahan dalam undang-undang itu boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI