fbpx

Emraz yakin kembali pulih pada Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkarnain ketika berucap menyantuni kumpulan trip khas pemulihan operasi umrah di Terminal 1, KLIA, Sepang, Selangor. - Foto oleh AMREE AHMAD / KOSMO!

SEPANG – Setelah terpalit dengan isu penggantungan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) pada awal April lalu, Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. (Emraz) optimis dapat bangkit semula.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Zulkarnain Endut berkata, pihaknya yakin syarikat itu mampu kembali pulih pada Ogos ini dengan imej baharu yang lebih positif.

“Kami sudah pun melakukan penstrukturan dengan kos operasi paling rendah sehingga kurang 70 peratus daripada sebelumnya dan pelan pemulihan bergerak lancar,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa lesen PJH yang diterima Emraz pada 30 Januari lalu cuma digantung sementara, bukan langsung ditarik balik oleh Tabung Haji.

“Ekoran pengumuman itu, semua pejabat kami diserbu pelanggan salah faham permit Emraz untuk urusan umrah dibatalkan walhal ia tidak benar,” jelasnya dalam nada kesal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI