fbpx

Tukang cat kereta maut terkena renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik di luar sebuah bengkel di Kampung Sinulihan, Inanam awal pagi semalam.

Mangsa Muhammad Nur Karim, 41, yang juga seorang tukang cat kereta ditemui rakannya sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor dari Hospital Wanita Wanita dan Kanak-kanak Likas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 5.20 pagi sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian.

“Menurut saksi iaitu rakannya ketika kekadian, mangsa keluar berehat di belakang bengkel sebelum tiba-tiba saksi terdengar mangsa menjerit dan rakan mangsa kemudiannya bergegas ke lokasi itu dan mendapati mangsa dalam keadaan berdiri sambil memegang besi pagar belakang kawasan bengkel terbabit.

“Rakan mangsa cuba menarik lelaki terbabit namun merasa ada aliran arus elektrik sebelum mangsa rebah dan tidak sedarkan diri. Rakan mangsa kemudiannya meminta bantuan untuk menghubungi ambulans.

“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI