fbpx

Banduan liwat rakan dalam penjara dijel 5 tahun, satu sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Mohammad Rohaizad (tengah) untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang banduan kes dadah dipenjara lima tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meliwat rakannya di Pusat Pemulihan Akhlak Machang dekat sini pada tahun lalu.

Tertuduh, Mohammad Rohaizad Rosli, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii dengan seorang lelaki berusia 33 tahun.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di dalam bilik di sebuah blok, Pusat Pemulihan Akhlak Machang dekat Machang di sini kira-kira pukul 1 pagi pada 26 Jun tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Wan Nurul Hanini memohon hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh kerana melakukan kesalahan tersebut semasa menjalani hukuman kes dadah di Pusat Pemulihan Akhlak Machang.

“Hukuman tersebut diharap dapat memberi pengajaran kepada tertuduh supaya tidak melakukan kesalahan sama pada masa akan datang,” katanya.

Mohammad Rohaizad dalam rayuannya memohon mahkamah menetapkan hukuman penjara bermula daripada tarikh dia ditangkap.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 24 Julai tahun dan satu sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI