fbpx

Wanita tembak suami pergi mengundi bersama perempuan simpanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek menembak suaminya yang sedang memandu sebuah trak pikap bersama kekasih gelapnya. – Facebook

BANGKOK – Seorang wanita bertindak menembak dan menikam suaminya selepas melihat mangsa keluar  mengundi bersama kekasih gelapnya ketika pilihan raya umum Thailand berlangsung semalam, lapor laman berita Thaiger.

Dalam kejadian di wilayah Samur Prakarn dekat Bangkok, perempuan simpanan lelaki itu berjaya melarikan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah trak pikap secara tiba-tiba melanggar sebatang tiang elektrik sebelum seorang wanita dilihat berdiri di bahagian belakang kenderaan itu.

Selepas trak pikap itu berhenti, seorang wanita yang dipercayai kekasih gelap si suami berlari keluar daripada  tempat duduk hadapan.

Dalam masa sama, suspek yang berdiri di bahagian belakang trak pikap itu menembak suaminya dari tingkap belakang sebelum mangsa dilihat keluar dari kenderaan dalam keadaan lemah.

Dia cuba melarikan diri, namun dihalang oleh suspek yang duduk di atasnya lalu menikam mangsa beberapa kali sebelum tindakannya dihentikan oleh beberapa saksi.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital.

Suspek yang dikenali sebagai Samorn, 61, disahkan sebagai isteri mangsa. Dia mengaku perbuataannya itu sambil berkata, serangan dilakukan kerana suaminya mempunyai hubungan sulit dengan ramai wanita.

Tambah suspek, dia mendapat tahu bahawa suami  akan membawa wanita simpanannya ke pusat pengundian justeru, dia membuat keputusan untuk berhadapan dengan suaminya.

Suspek kini didakwa dengan kesalahan membunuh dengan niat yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara 15 hingga 20 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI