fbpx

Gaun pengantin bertatahkan 50,000 batu kristal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gaun ini tersebut dipamerkan buat kali pertama pada 14 April lalu ketika pertunjukan fesyen Si Sposaitalia Collezioni di Milan. - Guinness World Records

MILAN, ITALI – Sehelai gaun pengantin dihiasi lebih 50,000 batu kristal memecahkan Guinness World Records sebagai persalinan pengantin paling banyak memiliki kristal, lapor laman be­rita Wion News kelmarin.

Menurut Guinness, busana itu dipamerkan kali pertama pada 14 April lalu semasa pertunjukan fesyen Si Sposaitalia Collezioni di Milan, Itali. Busana itu mengambil masa empat bulan untuk di­siapkan.

Ia yang dihiasi 50,890 kristal Swarovski, dihasilkan oleh sebuah firma pengantin dengan kepakaran dalam menghasilkan gaun pengantin mewah dan tempahan khas, Michela Fer­riero.

Pengasas bersama butik tersebut, Michela Ferriero berkata, dia menghasilkan gaun tersebut selepas mengkaji fabrik sesuai untuk meletakkan batu kristal itu.

Persalinan tersebut dihasilkan dengan kerjasama pembuat corak dan sekumpulan tukang jahit mahir.

Setiap kristal itu dijahit satu demi satu dengan menggunakan jahitan tangan.

Proses tersebut mengambil masa 200 jam waktu bekerja.

Rekod sebelum ini dipegang oleh firma Zden Gelinlik Moda Tasarim dari Turkiye yang menghasilkan gaun pengantin bertatah 45,024 kristal pada 29 Januari 2011 di Istanbul. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI