fbpx

Ribut petir, hujan lebat di lima negeri sehingga 6 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 6 petang.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, antara negeri yang dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Perak, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

“Perak melibatkan Batang Padang dan Muallim, Terengganu di Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang, Selangor di Hulu Langat, Negeri Sembilan antaranya di Jelebu dan Seremban manakala Johor antaranya di Segamat, Kluang dan Mersing,” katanya.

Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI