fbpx

BDB, LPB bangun rumah mampu milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARIS NAJHAN (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen antara wakil BDB dan LPB dalam majlis yang diadakan di Georgetown baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Anak syarikat Bina Darulaman Bhd., BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land) menandatangani memorandum persefahaman dengan Lagenda Properties Bhd. (LPB) berhubung cadangan pembangunan bersama perbandaran mampu milik, Darulaman Putra di Sungai Petani, Kedah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Faris Najhan Hashim berkata, kerjasama itu bagi membangunkan rumah mampu milik melibatkan kawasan seluas 60 hektar.

Jelasnya, BDB Land dan LPB akan turut meneroka peluang membangunkan kawasan seluas 33 hektar di kawasan sama, yang berfokuskan kepada pemba­ngunan komersial untuk memberi nilai tambah kepada perbandaran berkenaan.

Nilai pembangunan kasar terlibat dianggarkan berjumlah RM550 juta.

FARIS NAJHAN

“LPB merupakan syarikat pemaju hartanah yang berpe­ngalaman dalam membangunkan perbandaran mampu milik, berdasarkan kejayaan pemba­ngunan Bandar Baru Setia Awan Perdana di Sitiawan serta Lagenda Teluk Intan di Perak.

“Darulaman Putra pula bakal dibangunkan oleh BDB Land bagi memenuhi permintaan pasaran hartanah pada harga jualan RM350,000 dan ke bawah,” katanya dalam kenya­taan di sini.

Darulaman Putra yang akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun merangkumi unit kediaman mampu milik, bangunan komersial dan pusat komuniti terletak di lokasi strategik berhadapan Lebuhraya Utara Selatan, menambah potensinya untuk berkembang.

Menurut Faris Najhan, sentimen segmen hartanah pada masa kini terarah kepada rumah mampu milik dan ia merupakan pasaran yang akan di­teroka BDB Land pada masa hadapan.

“BDB Land ingin menjadi pencetus kepada pembangunan perbandaran mampu milik di Kedah, sekaligus membantu kerajaan menyediakan kediaman kepada rakyat di negeri ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI