fbpx

Ibu amang seksual anak, arah rakaman pornografi berdepan sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

KLANG – Seorang ibu berdepan hukuman sebatan apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan melakukan amang seksual dengan dua anak lelakinya dan perbuatan rakaman video pornografi, tahun lalu.

Tertuduh berusia 33 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan di hadapan Hakim Syafeera Mohd. Said.

Berdasarkan tiga pertuduhan, wanita yang mempunyai hubungan amanah sebagai ibu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas dua anak lelaki berusia 14 dan 12 tahun ketika kejadian.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Puncak Alam, Kuala Selangor, kira-kira pukul 8 malam, sekitar November tahun lalu.

Pendakwaan kes dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) dan (b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun sebatan, jika sabit kesalahan.

Ibu kepada lima anak itu turut didakwa mengarahkan pembuatan satu pornografi dalam bentuk video di sebuah hotel di Sungai Buloh antara 17 dan 18 Februari tahun lalu.

Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seskyen 5 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan tidak kurang enam sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzati Mohamad dan Nor Ayuni Jamri tidak menawarkan kos ikat jaminan ke atas tertuduh kerana kesalahan itu melibatkan kanak-kanak dan amat serius.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudian merayu pengurangan jaminan kerana tiada pekerjaan dan mempunyai tanggungan lima anak.

Syafeera bagaimanapun tidak membenarkan kos ikat jamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 26 Jun depan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI