fbpx

Pengguna perlu bijak sejukkan rumah secara semula jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Terdapat banyak cara untuk menyejukkan rumah secara semula jadi jika pengguna memahami beberapa asas penting.

Menurut perkongsian Facebook Public Health Malaysia, jika pengguna tahu dan pandai memanfaatkan keadaan ini ketika cuaca panas, rumah akan menjadi sejuk dan nyaman.

“Kita perlu tahu, cuaca di luar lebih panas pada waktu siang dan lebih sejuk pada waktu malam.

“Fenomena udara panas akan naik ke atas, udara sejuk akan berada di bawah.

“Selain itu, pergerakan udara dari tekanan yang tinggi kepada tekanan yang rendah.

“Penggunaan elektrik yang kerap dan sering melakukan aktiviti memasak juga dapat meningkatkan suhu persekitaran,” katanya.

Dalam pada itu, penggunaan pendingin hawa dalam suhu yang rendah juga dapat menyejukkan rumah.

“Jika menggunakan pendingin hawa, tidak perlu tetapkan suhu 16 darjah Celsius untuk sejukkan ruang. Cukup tetapkan suhu pada 22 darjah Celsius hingga 25 darjah Celsius sahaja.

“Hal itu lebih berkesan bahkan menjimatkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI