fbpx

Cuaca panas di Pahang dan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap satu, di kawasan selatan negeri Pahang dan Johor.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi laporannya di YouTube berkata, suhu maksimum mencatatkan 35 sehingga 37 darjah Celsius.

Kawasan Kinabatangan di Sabah juga kini masih lagi berada di tahap berjaga-jaga.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa membanyakkan pengambilan air dan mengurangkan aktiviti di luar rumah terutama pada waktu tengah hari,” katanya.

Selain itu, kebanyakan kawasan di sekitar semenanjung Malaysia hari ini, berada dalam keadaan cerah dan tiada hujan

Menjelang petang pula, MetMalaysia menjangkakan hujan berserta ribut petir melibatkan hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia, namun lebih tertumpu di sekitar pedalaman Perak dan Selangor,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI