fbpx

Pembangkang menang besar pilihan raya umum Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parti Move Forward pimpinan Pita Limjaroenrat memenangi pilihan raya umum yang diadakan di Thailand semalam. - AFP

BANGKOK – Dua parti pembangkang prodemokrasi utama Thailand meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum semalam, demikian menurut keputusan awal ketika ramai pengundi menggesa perubahan ke atas dominasi kuasa politik selama beberapa dekad oleh tentera dan monarki, lapor portal berita UPI.

Selepas kira-kira 80 peratus undi dikira setakat malam, parti Move Forward mendahului parti populis, Pheu Thai dalam perlumbaan untuk menduduki  500 kerusi Dewan Perwakilan (Dewan Rakyat). Ia merupakan pencapaian menakjubkan untuk parti Move Forward.

Parti progresif itu memperoleh 114 kerusi diikuti 111 kerusi  dimenangi  Pheu Thai, kata Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand berdasarkan pengiraan awal.

Keputusan pilihan raya tersebut adalah mesej jelas terhadap legasi Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha iaitu jeneral yang merampas kuasa dalam kudeta pada 2014.

Parti Negara Thai Bersatu (UTNBP)  pimpinannya hanya menduduki tempat kelima dengan 24 kerusi. – Agensi  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI