fbpx

City semakin hampir julang EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUNDOGAN (kanan) diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan selepas meledak dua gol dan mencipta satu gerakan jaringan menewaskan Everton 3-0 sebentar tadi. - AFP

LIVERPOOL – Tiada pasukan dilihat mampu menewaskan Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat masa ini.

Terbaharu, Everton yang disebut-sebut mampu mencipta kejutan ke atas skuad juara bertahan itu turut menimpa nasib sama apabila tewas 0-3 di Goodison Park sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan City kini semakin hampir untuk memenangi gelaran EPL musim ini dengan baki tiga perlawanan sahaja lagi selepas ini.

The Citizens bermula perlahan dan dilihat buntu untuk mengatur serangan sekali gus memberikan harapan kepada penyokong Arsenal yang mengharapkan mereka tercicir mata dalam aksi itu.

Bagaimanapun, segalanya berubah dalam sekelip mata apabila Ilkay Gundogan membuka tirai jaringan menerusi gerakan akrobatik yang berjaya mengelirukan penjaga gol Everton, Jordan Pickford pada minit ke-37.

HAALAND (kanan) masih berjaya menjaringkan gol walaupun cuma menyentuh bola sebanyak lima kali sepanjang tempoh 45 minit menentang Everton di Goodison Park sebentar tadi. – AFP

Gol itu sememangnya merentap keyakinan para pemain Everton yang kemudiannya melepaskan jaringan kedua buat City hasil tandukan Erling Haaland berselang dua minit kemudian.

Walaupun cuma menyentuh bola sebanyak lima kali sepanjang 45 minit separuh masa pertama, namun Haaland masih berupaya mencari ruang untuk meledak gol ke-36 peribadinya dalam kempen EPL musim ini.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu mengesahkan kemenangan mereka menerusi gol ketiga hasil sepakan percuma daripada Gundogan pada minit ke-51.

Kemenangan itu memberikan keyakinan tambahan buat City apabila turun menentang Real Madrid pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Etihad awal pagi Khamis ini.

Selepas itu, City akan menghadapi tiga perlawanan terakhir mereka dalam kempen EPL musim ini menentang Chelsea pada 21 Mei diikuti Brighton (25 Mei) dan Brentford (28 Mei). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI