fbpx

Liga Super: NSFC kutip tiga mata lawan KL City FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Negeri Sembilan FC, Muhammad Safuwan Baharudin, melepaskan rembatan ketika beraksi pada Liga Super menentang pasykan Kuala Lumpur City FC, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, hari ini.- Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Cubaan pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk mendapatkan mata dalam perlawanan tertangguh menentang Kuala Lumpur (KL) City FC membuahkan hasil.

Perlawanan Liga Super itu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebelum ini ditunda susulan hujan lebat dan padang digenangi air.

Sambungan perlawanan separuh masa pertama itu disambung semula selepas pengadil ketika itu membuat keputusan memberhentikan perlawanan pada minit ke-27.

Perlawanan separuh masa pertama itu tamat dengan tambahan masa dua minit.

Gol pertama NSFC dijaringkan oleh Mohamad Zaquan Adha Abd. Razak pada minit ke-73.

Pada minit ke-84 KL City FC menyamakan kedudukan hasil jaringan Zhafri Yahya.

Selang tiga minit NSFC berjaya menjarakkan kedudukan hasil tandukan Muhammad Safuan Baharudin.

Perlawanan tamat dengan keputusan 2-1 selepas tambahan masa empat minit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI