fbpx

Ubah kerajaan negeri Kedah seperti Kerajaan Perpaduan di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Penduduk di negeri Kedah disarankan untuk bertindak lebih drastik dalam menentukan kerajaan negeri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata, penduduk terlibat perlu melakukan perubahan dengan memastikan Kerajaan Negeri Kedah sama seperti Kerajaan Perpaduan di Putrajaya.

Mahdzir berucap pada sidang akhbar selepas selesai menghadiri Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di WTC, Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, ini bagi memastikan segala masalah di negeri tersebut terutamanya isu bekalan air yang sering terjejas dan menjadi bebanan penduduk Kedah dapat ditangani segera.

“Hari ini, ada satu hal yang berlaku di Kedah iaitu masalah air. Tapi selalunya dia macam poket di satu tempat, poket di Padang Terap, sikit di Sungai Petani, sikit di Baling.

“Tetapi hari ini di satu daerah di Kedah iaitu di Sungai Petani ataupun daerah Kuala Muda, Kedah libatkan lebih kurang 250,000 akaun.

“Kalau satu rumah ada dua orang pun, empat orang pun saya ingat dekat 1 juta penduduk yang hari ini, di Sungai Petani langsung tiada bekalan air dan sangat-sangat sedih dan menyusahkan,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai menghadiri Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Tambah Mahdzir yang juga bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, konvensyen negeri akan turut diadakan di Kedah dalam masa terdekat bagi membincangkan segala permasalahan dan tindakan yang bakal dilaksanakan untuk memastikan kerajaan negeri yang bakal terbentuk selepas PRN ini akan membela nasib rakyatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI