fbpx

Piala Sudirman: Malaysia jinakkan Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GANDINGAN beregu campuran Soon Huat-Shevon Lai yang mencatat kemenangan ke atas gandingan Kenneth Choo-Somerville. – BADMINTON PHOTO

SKUAD badminton negara bermula langkah kanan pada sai­ngan Piala Sudirman di Suzhou, China apabila mudah menewaskan Australia 5-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan C yang berlangsung semalam.

Keputusan itu sekali gus memberi suntikan semangat kepada pasukan negara menjelang pertemuan dengan India hari ini selain membantu Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Wong Choong Hann menganggap kemenangan ke atas Australia sangat penting bagi membolehkan pemain-pemain mendapat keyakinan untuk perlawanan akan datang.

“Pertemuan hari ini (semalam) sangat penting bagi memastikan pemain-pemain menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang, tidak kira sama ada mereka bermain ataupun tidak bertemu Australia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada perlawanan tersebut, Malaysia mengutip mata pertama menerusi beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang mencatat kemenangan 21-17, 21-14 ke atas gandingan Kenneth Choo-Gronya Somerville.

Kemudian, giliran perseora­ngan lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia menyumbang mata kedua apabila menewaskan Ricky Tang 21-3, 21-13, manakala K. Letshanaa menang 21-19, 21-12 ke atas Tiffany Ho dalam acara perseorangan wanita.

Beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula membuktikan kemampuan apabila menundukkan Rayne Wang-Jack Yu 21-7, 21-14 sebelum Malaysia memastikan mata kelima menerusi beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah yang menewaskan Kaitlyn Ea-Gronya Somerville 21-12, 21-13.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI