fbpx

Cuaca panas, tanaman kenaf di Kelantan, Terengganu ditangguh seketika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menangguhkan kerja-kerja penanaman kenaf di Kelantan dan Terengganu buat sementara waktu berikutan cuaca panas berterusan ketika ini.

Ketua Pengarahnya, Idris Mohd. Salleh berkata, langkah itu bertujuan menggelakkan petani daripada mengalami kerugian akibat kemarau.

Menurutnya, cuaca panas ketika ini dilihat akan memberi kesan tidak baik kepada tumbesaran pokok kenaf.

“Arahan penangguhan itu melibatkan seramai 33 orang petani di Kelantan manakala di Terengganu pula seramai 43 orang. Jumlah keluasan tanaman di kedua-dua negeri tersebut melibatkan 500 hektar.

“Kebiasaannya, penanaman kenaf dibuat sepanjang tahun bermula Januari hingga Ogos. Kita tidak pernah berdepan masalah penanaman dalam tempoh tersebut kecuali tahun ini,” katanya ditemui pemberita pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri LKTN di Ibu Pejabat LKTN Kelantan, di sini hari.

Mohd. Idris memberitahu, penanaman kenaf di Kedah, Perlis dan Pahang ketika ini berjalan seperti biasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI