ACARA pertemuan artis dan peminat tidak akan lengkap sekiranya ada pihak yang tidak menghadirkan diri.
Suasana sebegitulah yang dirasaikan apabila seorang daripada anggota kumpulan Le Sserafim, Huh Yun-jin tidak menghadiri sesi ramah mesra dengan peminat pada 12 Mei lalu.
Berita ketidakhadiran penyanyi berusia 22 tahun itu disampaikan pihak pengurusan kumpulan tersebut, Source Music yang menyatakan Yun-jin perlu menziarahi kematian ahli keluarganya.
Biarpun berasa ralat, peminat dan label terpaksa akur dengan ketiadaan Yun-jin.
“Huh Yun-jin tidak akan hadir ke acara yang dijadualkan kerana kematian anggota keluarganya.
“Pihak kami berharap peminat faham dan terus menyokong Yun-jin. Dia masih terkesan dengan pemergian orang tersayang dalam keluarganya,” kata wakil Source Music.