fbpx

Pelawak Korea Selatan, Park Ji-sun ditemui mati bersama ibunya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK JI-SUN ditemui mati bersama ibunya di kediaman mereka.

PETALING JAYA – Pelawak Park Ji-sun ditemui mati hari ini bersama ibunya di kediaman mereka di daerah Mapo-gu, barat Seoul, lapor pihak polis.

Kejadian itu dilaporkan sendiri oleh ayah Ji-sun selepas pelawak berusia 36 tahun berkenaan dan isterinya gagal dihubungi menerusi telefon.

Memetik laporan The Korea Herald, ketika polis tiba di tempat kejadian pada pukul 1.44 petang, kedua-duanya ditemui sudah tidak bernyawa.

Bagaimanapun polis yang menyiasat kejadian tersebut mengesahkan tiada sebarang kesan kecederaan parah pada badan Ji-sun dan ibunya.

Pelawak yang belum berkahwin itu bagaimanapun difahamkan sedang menerima rawatan atas masalah kesihatan yang dialami dan tinggal bersama ibunya.

Sementara itu laporan Yonhap News Agency pula menyebut, polis menemui sekeping nota tulisan tangan dipercayai ditulis oleh ibu Ji-sun.

Kandungan nota tersebut bagaimanapun tidak didedahkan atas permintaan keluarga si mati.

Biarpun belum mengesahkan punca kematian buat masa ini, polis tidak menolak kemungkinan pelawak itu mati disebabkan membunuh diri.

Ji-sun memulakan kerjaya sebagai pelawak di stesen KBS sejak 2007 dan sejak daripada situ, namanya dikenali dan menyertai banyak program hiburan popular. Berita kematian Ji-sun kini sohor kini menerusi Twitter. Selain memberti ucapan takziah, peminat dan netizen masing-masing terkejut dan tertanya tentang punca kematian Ji-sun.  – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI