fbpx

Kerap tekan brek punca kesesakan teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA- Kerap menekan brek tanpa sebab ketika memandu adalah salah satu punca berlakunya kesesakan jalan raya yang teruk di negara ini.

Menerusi perkongsian Facebook Public Health Malaysia hari ini, walaupun menekan brek secara sepintas lalu sahaja, namun ia akan menyebabkan pemandu di belakang turut menekan brek disebabkan lampu brek kereta hadapan menyala.

“Situasi ini dipanggil ‘Road Hogging’. Keadaan seperti ini akan merebak ke kenderaan lain di belakang seperti jangkitan,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kesal dengan individu yang kerap menekan brek tanpa sebab dan bersetuju perbuatan tersebut menyusahkan pemandu lain kerana menyebabkan kesesakan.

“Suka tekan brek kerap tanpa keperluan, tabiat memandu di bandar yang sesak janganlah dibawa ketika memandu di lebuh raya besar dan di lorong laju. Pemandu di jalan bandar besar pun tidak main brek kerap,” kata Johari.

“Kebanyakan pemandu sekarang kurang peka dengan persekitaran dan pemandu lain. Orang seperti ini mahu melepaskan diri sahaja untuk elak kesesakan atau hendak masuk simpang,” kata seorang pengguna.

“Keadaan seperti ini menyusahkan pemandu lain, orang yang memandu seperti ini akan menyebabkan pemandu di belakang akan stres dan tertekan,” ujar seorang lagi pengguna. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI