fbpx

Ibu amang seksual anak bakal didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA SELANGOR – Seorang ibu yang disyaki melakukan amang seksual dengan anak lelakinya berusia 14 tahun akan didakwa di Mahkamah Sesyen Klang esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pendakwaan ke atas wanita berusia 33 tahun itu melibatkan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Katanya, suspek dijadualkan dituduh di Klang berikutan kesalahan itu merupakan kes jenayah kanak-kanak.

“Setakat ini, ia melibatkan tiga pertuduhan kes di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

“Insya Allah, kita akan membawa wanita itu untuk pendakwaan di mahkamah berkenaan esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang wanita dicekup berhubung melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelaki berusia 14 tahun di Puncak Alam di sini pada 2 Mei lalu.

Penahanan suspek itu susulan laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Selangor berhubung video lucah hubungan seks antara wanita itu dan mangsa.

Lebih menyedihkan, suspek dikatakan turut merakam aksi dengan remaja lelaki itu menerusi telefon bimbit.

Wanita itu kemudian turut ditahan bagi membantu siasatan satu lagi kes sama di sekitar Sungai Buloh, Rabu lalu.

Penahanan itu dilakukan susulan laporan dibuat mangsa melibatkan remaja perempuan berusia 15 tahun di Balai Polis Saujana Utama. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI