PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa daerah di Kedah pada pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran tersebut dikeluarkan susulan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir yang diramalkan berlaku sehingga 12 tengah hari nanti.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah di daerah Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya di sini hari ini.
Jelasnya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.- KOSMO! ONLINE.