fbpx

BNM kongsi 9 salah faham terhadap kenaikan OPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) berkongsi sembilan salah faham masyarakat terhadap kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumumkan baru- baru ini.

Menurut BNM, kadar faedah yang lebih tinggi untuk simpanan dan pinjaman akan menggalakkan orang ramai untuk menyimpan dan kurangkan perbelanjaan yang mana OPR bantu kurangkan inflasi.

Kedua, biarpun inflasi keseluruhan menurun, tekanan harga yang disebabkan oleh faktor permintaan masih tinggi.

“OPR diselaraskan secara beransur-ansur dan terkawal dan sejak 2022, OPR dinaikkan +125 mata asas, kembali kepada Kadar sebelum Covid-19.

“Keputusan OPR dinaikkan berdasarkan prospek pertumbuhan dan inflasi dalam negara. Masa dan magnitud tidak mengikut negara lain,” katanya dalam hantaran di Facebook.

BNM berkata, kenaikan berkenaan bertujuan mengawal inflasi pada masa ekonomi berkembang.

“Apabila OPR naik, kadar faedah untuk simpanan juga akan naik dan ia akan memudaratkan ekonomi sekiranya dikekalkan terlalu rendah dalam jangka masa lama.

“Dengan kenaikan ini juga akan membantu mengurangkan kadar kes bankrap dan kadar pinjaman mungkir kekal rendah,”jelasnya.

Tambahnya, sekiranya peminjam terbeban dengan ansuran bulanan baharu, mereka boleh dapatkan bantuan dengan menghubungi pihak bank atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

“Untuk maklumat lanjut dalam soalan lazim kami melalui bnm.gov.my/mp-faq,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI