fbpx

5,000 warga TDM meriahkan Aidilfitri Madani Tentera Darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tiga kiri) melakukan gimik tembakan meriam sebagai gimik perasmian Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Tentera Darat di Wisma Perwira, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kira-kira 5,000 warga Tentera Darat Malaysia (TDM) dari seluruh negara memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Madani Tentera Darat 2023 di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini.

Majlis bermula dari pukul 2 petang sehingga 11.30 malam dianjurkan secara berperingkat serta disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman yang hadir bersama isteri selaku Pengerusi Jemaah Badan Kebajikan Angkatan Tentera Darat, Datin Seri Ramlah Dawi.

Pada sesi sebelah malam, majlis turut dihadiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan beliau sempat melakukan gimik tembakan meriam merasmikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Madani Tentera Darat 2023.

Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan isteri Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Tengku Muhaini Almarhum Sultan Ahmad Shah.

Pada sambutan tersebut, Panglima Tentera Darat turut menyampaikan sumbangan kepada anggota yang memerlukan serta anak-anak tahfiz dari Sekolah Tahfiz Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI