fbpx

Kapal peronda APMM sedang diselenggara terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kapal peronda milik APMM yang dalam penyelenggaraan di Kampung Baru, Sitiawan, Perak, terbakar petang tadi.

LUMUT – Sebuah kapal peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang dalam proses penyelenggaraan di dermaga di Kampung Baru, Sitiawan, dekat sini, terbakar petang tadi.

Difahamkan, kebakaran yang berlaku di bahagian kabin terjadi ketika kerja-kerja kimpalan dilakukan di dalam kapal tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.14 petang.

“Berikutan itu, 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung dan BBP Ayer Tawar bergegas ke lokasi kejadian. Pemeriksaan mendapati 50 peratus daripada bahagian kabin tersebut sudah terbakar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan menggunakan dua aliran, tiga pancutan air di lokasi kebakaran dan anggota turut masuk ke dalam kapal untuk kerja-kerja pemadaman di kawasan kabin kapal tersebut.

Jelas beliau, setakat pukul 7 malam tadi, operasi pemadaman masih dilakukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI