fbpx

Guna strategi berbeza urus bekalan air di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (kanan) meninjau pembinaan modul rawatan air baharu di LRA Sungai Dua petang tadi. Gambar oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengaplikasi strategi berbeza bagi memastikan bekalan air di negeri ini mencukupi.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kaedah itu tertakluk kepada cara pengurusan pengagihan bekalan air supaya rizab air mentah Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Hitam dapat memenuhi keperluan pengguna.

“Strateginya adalah dengan menggunakan sumber lain iaitu ambil air dari kolam air Bukit Dumbar untuk disalurkan ke Empangan Air Itam. Melalui kaedah ini, katakanlah paras air Empangan Air Itam terus menurun, sekurang-kurangnya ia akan turun sedikit demi sedikit.

“Selain itu, kita akan dapat mengukuhkan paras air sekali gus memanjangkan tempoh untuk bertahan sementara keadaan pulih,” katanya kepada pemberita selepas lawatan teknikal Pakej 12A bagi meninjau pembinaan modul rawatan air baharu di Loji Rawatan Air Sungai Dua di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, operasi pembenihan awan(OPA) bagi penghasilan hujan akan diteruskan bagi memastikan rizab air mentah di kedua-dua empangan itu mencapai 50 peratus.

Menurut beliau, hujan yang turun di Empangan Teluk Bahang menyamai penggunaan bekalan air penduduk selama 3.5 hari manakala bekalan air yang diperolehi di Empangan Air Itam menyamai penggunaan setempat selama sehari,.

Katanya, kerajaan akan memohon bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk operasi pembenihan awan akan datang

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, projek yang menelan kos RM13 juta dan dijangka siap hujung tahun ini tersebut akan meningkatkan kapasiti reka bentuk rawatan air maksimum LRA Sungai Dua sebanyak 114 juta liter sehari menjelang tahun depan – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI