LONDON – Penduduk tempatan bertindak melukis gambar tidak senonoh menggunakan semburan cat putih pada sebatang jalan yang dipenuhi lubang di luar Kolej Uckfield, East Sussex, lapor portal berita Daily Star semalam.
Mereka melakukan perbuatan itu selepas hilang sabar untuk menunggu lubang-lubang tersebut diturap selain cuba menarik perhatian majlis perbandaran tempatan.
Isu tersebut akhirnya mendapat perhatian pihak berwajib. Pekerja-pekerja menurap jalan tersebut semalam.
Sebelum kerja pembaikan dilakukan, terdapat juga komen menyatakan: “Dilukis oleh kelas seni kolej itu? Nampaknya, kita semua keluar dan membeli cat semburan serta melakukan membuat lukisan ini pada semua jalan raya berlubang.”
Bagaimanapun, Majlis Daerah Sussex Timur mengulas: “Kami memahami kebimbangan orang ramai tentang jalan berlubang tetapi ini bukan cara untuk menangani situasi tersebut. Kami bertanggungjawab untuk lebih 3,218 kilometer jalan dan tahun lepas, kami membaiki lebih 24,000 lubang pada jalan raya.” – Agensi